Cheyenne Roundtree iaitu pemberita untuk Rolling Stone telah melaporkan yang Netflix menangguh pembangunan bagi siri TV Horizon Zero Dawn, selepas Steve Blackman yang diumumkan sebagai showrunner untuk siri tersebut dilaporkan mempunyai kes salah laku semasa membangunkan The Umbrella Academy.

Buat masa ini tidak dijelaskan lagi sama ada Netflix menghentikan terus projek siri TV Horizon Zero Down, ataupun mereka akan meneruskan tetapi melibatkan showrunner yang berlainan. Steve Blackman dilaporkan mempunyai salah laku seperti membuli, memanipulasi, dan bersifat berdendam, sesuatu yang beliau menafikan sepenuhnya.

Netflix mengumumkan Steve Blackman sebagai showrunner pada tahun 2022 lagi selepas bekerjasama dengannya untuk siri The Umbrella Academy yang akan menerima musim keempat pada 8 Ogos ini.

Horizon Zero Dawn merupakan permainan pertama di dalam siri Horizon yang dibangunkan oleh Guerilla Games, ia mengisahkan mengenai Aloy yang cuba menyelamatkan bumi yang pada waktu ini dipenuhi dengan robot berbentuk haiwan. Permainan susulan Horizon Forbidden West dilancarkan pada tahun 2022.

Sohor Kini