Red Swan merupakan siri KDrama terbaru yang mula disiarkan di Disney+ Hotstar minggu ini. Siri ini mengisahkan mengenai Oh Wan-soo lakonan Kim Ha-neul yang lahir di dalam keluarga yang miskin akan tetapi kemudian menjadi seorang pemain golf yang berjaya dan berkahwin dengan Kim Yong-kook lakonan Jung Gyu-Woon iaitu pewaris kepada Hwain Group, syarikat yang menaja karier Oh Wan-soo sebagai pemain golf.

Selepas bersara, Oh Wan-soo memfokuskan hariannya menjalankan satu badan amal, akan tetapi keadaan menjadi genting apabila dia diserang oleh pengganas semasa membuat lawatan kerja ke Manila, dia diselamatkan oleh Seo Do-Yoon lakonan Rain yang berada di Manila di atas sebab tertentu. Selepas itu, dia dilantik untuk menjadi pengawal peribadi bagi Oh Wan-soo, tetapi pada masa yang sama dia juga mempunyai sebab sendiri menerima pekerjaan tersebut.

Daripada dua episod pertama bagi Red Swan ini saya boleh katakan penceritaan mula memperlihatkan pelbagai misteri yang ada, misteri mengenai serangan terhadap Oh Wan-soo, misteri mengenai motif sebenar Seo Do-Yoon dan juga pelbagai misteri mengenai syarikat Hwain Group sendiri sesuatu yang ingin disiasat oleh Oh Wan-soo dengan bantuan Seo Do-Yoon.

Mungkin kerana terlalu banyak misteri pada satu masa yang ingin disampaikan, saya boleh katakan dua episod pertama ini sedikit bercelaru kerana terlalu banyak informasi yang cuba disampaikan. Berubah masa sekarang, masa lepas, kisah semasa, kisah silam membuatkan pacing kurang menjadi yang membuatkan penyampaian misteri tersebut kurang menarik. Saya mengharapkan episod mendatang mereka dapat melakukan penceritaan dengan lebih kemas kerana tidak lagi perlu berkongsi terlalu banyak informasi pada satu masa.

Lakonan daripada setiap pelakon adalah baik, akan tetapi saya merasakan siri ini terlalu memaksa untuk mencipta perhubungan di antara Oh Wan-Soo dan Seo Do-Yoon, saya mengharapkan perhubungan mereka mengambil lebih banyak masa berbanding terlalu mendesak terutama semasa episod pertama. Perhubungan mereka mengingatkan saya kepada satu lagi siri Disney+ Hotstar iaitu Blood Free diantara dua watak utama yang saya rasakan perhubungan mereka dilakukan dengan lebih baik berbanding siri ini sekurang-kurangnya untuk dua episod pertama.

Akhir kata, siri Red Swan bermula dengan kurang baik, satu-satunya perkara yang menarik saya boleh katakan adalah kepelbagaian misteri yang hadir akan membuatkan saya ingin tahu apa yang terjadi seterusnya akan tetapi penyampaian sedikit bercelaru, perhubungan di antara watak juga kurang menjadi dan saya berharap 8 episod lagi yang akan tiba bagi siri ini dilakukan dengan baik terutama dengan mereka sudah memperkenalkan segala misteri yang perlu diselesaikan oleh itu siri ini dapat memfokuskan kepada kejadian yang lebih menarik.

Dua episod pertama Red Swam sudah boleh ditonton di Disney+ Hotstar.

Sohor Kini