Capcom telah mengesahkan yang Resident Evil 9 sedang dibangunkan dan Koshi Nakanishi iaitu pengarah untuk Resident Evil 7: Biohazard bertanggungjawab untuk mengarah permainan terbaru bagi siri ini.
Buat masa ini masih tiada maklumat lanjut mengenai permainan tersebut akan tetapi dengan Capcom sebelum ini mengatakan Ethan Winters tidak lagi kembali selepas Resident Evil 8, kita mungkin akan menerima watak baharu ataupun watak yang sudah tiba sebelum ini.
Resident Evil 8 sebelum ini mengambil masa 4 tahun selepas Resident Evil 7, oleh itu kita boleh jangkakan yang Resident Evil 9 ini akan dilancarkan pada 2025, tetapi dengan pembangunan masih di peringkat awal, ia mungkin mengambil masa lebih lama.