Penggambaran Filem ‘Watch Dogs’ Bermula

New Regency dan Ubisoft telah mengumumkan yang filem aksi nyata Watch Dogs kini memulakan penggambaran mereka dengan Mathie Turi sebagai pengarah yang sebelum ini mengarah filem The Deep Dark.

Filem ini diumumkan pada bulan Mac lepas yang melibatkan Tom Blyth dan Sophie Wilde sebagai salah seorang pelakon, akan tetapi watak mereka dan juga penceritaan bagi filem ini masih tidak dikongsi buat masa ini. Filem ini ditulis oleh Christie LeBlanc sebelum menerima penambah-baikkan oleh Victoria Bata.

Watch Dogs merupakan siri permainan oleh Ubisoft yang memfokuskan kepada sekumpulan penggodam dikenali sebagai DeadSec yang ingin membongkarkan salah salku kerajaan dan juga syarikat.

Permainan ini telah mempunyai tiga permainan yang pertama dilancarkan pada tahun 2014 dan yang terakhir dilancarkan pada tahun 2020 iaitu Watch Dogs: Legion (Baca: Ulasan Mini – Watch Dogs Legion).

Sohor Kini