DICE dan EA telah mengumumkan sebahagian daripada kandungan untuk musim 7 bagi Battlefield 2042 mereka menganjurkan kolaborasi dengan satu lagi permainan oleh EA iaitu Dead Space. Melalui kolaborasi ini mereka memperkenalkan mod permainan baharu iaitu Outbreak.

Acara ini akan bermula pada 9 Julai sehingga 16 Julai 2024.

Outbreak kelihatan seperti mod zombi yang memerlukan pemain bekerjasama untuk melawan dengan necromorphs, ia besar kemungkinan mod PvE. Selain itu, pemain juga boleh dapatkan barangan kosmestik termasuk juga kostum engineer yang dipakai oleh Isaac Clarke di dalam permainan Dead Space.

Dead Space merupakan permaina yang dilancarkan pada tahun 2008 dan baru-baru ini menerima versi olahan semula yang anda boleh baca ulasan melalui pautan berikut – Ulasan Dead Space (Remake).

Battlefield 2042 sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.

Sohor Kini