A Quiet Place: The Road Ahead Menerima Treler Penceritaan

Saber Interactive telah berkongsi treler baharu untuk A Quiet Place: The Road iaitu permainan seram berdasarkan siri filem A Quiet Place. Mereka sebelum ini berkongsi treler pengumuman yang anda boleh tonton di pautan ini dan treler terbaru yang memfokuskan penceritaan boleh ditonton di bawah.

Permainan ini memfokuskan kepada seorang pelajar universiti iaitu Alex bersama dengan teman lelakinya Martin yang perlu menyelamatkan diri selepas dunia diserang oleh makhluk asing yang sama daripada filem.

A Quiet Place: The Road akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini