Prime Video telah mengumumkan filem Jackpot! akan disiarkan di platform tersebut pada 15 Ogos 2024. Filem ini diarahkan oleh Paul Feig yang sebelum ini mengarah filem seperti A Simple Favor, Ghostbusters (2016) dan Spy.
Jackpot! merupakan filem mengenai ‘Grand Lottery’ iaitu satu loteri yang baru diperkenalkan di California, selain membeli tiket untuk memenangi loteri tersebut, sesiapa sahaja juga boleh sebaliknya membunuh pemenang loteri sebelum matahari terbenam untuk mendapatkan wang kemenangan.
Katie Kim lakonan Awkwafina secara tidak sengaja telah menjadi pemilik tiket yang memenangi loteri tersebut dan menjadi sasaran pembunuh. Takutkan keselamatannya, dia telah bekerjasama dengan Noel Cassidy lakonan John Cena yang ditugaskan untuk memastikan Katie Kim terselamat dan mendapat sebahagian daripada wang kemenangan.
Prime Video boleh dilanggan dengan harga RM25 sebulan ataupun dapatkan bersama dengan Twitch Prime yang juga ditawarkan dengan harga yang sama.