Anime Demon Slayer Akan Berakhir Dengan Filem Trilogi

Berakhirnya musim keempat untuk siri anime Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba bermakna kita sudah memasuki penceritaan terakhir bagi siri ini dan Crunchyroll telah mengumumkan yang penceritaan terakhir iaitu “Infinity Castle” akan dijadikan sebagai tiga filem, berbanding musim baharu untuk siri anime.

Buat masa ini tarikh tayangan untuk filem-filem ini masih tidak disahkan lagi dan Crunchyroll mengatakan yang mereka akan menjadi pengedar bersama dengan Sony Pictures kecuali di beberapa negara Asia termasuk juga Jepun.

Sohor Kini