Netflix telah berkongsi treler untuk LALIGA: All Access iaitu siri dokumentari yang memperlihatkan belakang tabir bagi liga bola sepak utama di Sepanyol dan antara liga utama di Eropah iaitu LALIGA. Siri ini akan disiarkan di Netflix pada 15 Julai 2024 dan akan menyertakan 8 episod.

Siri ini akan menyertakan babak-babak menarik daripada perlawanan bola sepak, temubual dengan orang-orang penting daripada kelab dan juga pelbagai kontroversi yang terjadi di atas dan juga luar padang.

LALIGA: All Access akan menerima commentary daripada Iker Casillas, David Villa, Joaquin, Lucia Villalon dan ramai lagi.

Sohor Kini