Skip to main content

11 Bit Studios telah mengumumkan Frostpunk 2 akan dilancarkan pada 20 September 2024 untuk PC, sebelum ini mereka mengumumkan yang ia akan tiba pada bulan ini. Selepas melalui sesi beta sebelum ini, mereka mengambil keputusan untuk tunda pelancaran beberapa bulan.

Mereka mengatakan yang selepas menerima maklum balas daripada pemain yang mencuba versi beta tersebut, dan juga pelbagai lagi bahagian pembangunan yang belum diselesaikan lagi, menunda pelancaran adalah cara terbaik untuk memberikan pengalaman terbaik bagi permainan ini.

Frostpunk 2 merupakan permainan susulan untuk Frostpunk yang dilancarkan pada tahun 2018. Ia merupakan permainan survival membina bandar.

Leave a Reply