Capcom telah mengumumkan yang Dead Rising Deluxe Remaster akan dilancarkan pada 19 September 2024 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan juga PC melalui Steam. Sesi pra-tempahan juga kini dibuka di kesemua platform.
Dead Rising Deluxe Remaster merupakan versi penambah-baikkan bagi Dead Rising iaitu permainan pertama untuk siri ini yang dilancarkan pada tahun 2006. Versi terbaru ini menyokong grafik 4K, 3D Audio, alih suara ke 9 bahasa dan pelbagai penambah-baikkan untuk quality of life.