Skip to main content

SneakerLAH dan GamesMY Esports telah mengumumkan penganjuran buat julung kali EsportsLAH iaitu satu acara untuk peminat esukan dan juga kasut sneaker. Acara ini dijadualkan berlangsung pada 2 sehingga 3 November 2024 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

Antara aktiviti yang akan disertakan adalah kejohanan, perlawanan persahabatan, sesi bermain, ‘meet and greet’, sesi menonton ramai-ramai dan pelbagai lagi. Bagi esukan ia akan melibatkan permainan Mobile Legends: Bang Bang, Tekken 8, EA FC 24 Pro Club.

Selain melibatkan atlit tempatan, acara ini juga menyasarkan untuk membawa organisasi esukan dari luar negara bagi memberi peluang kepada peminat tempatan untuk berjumpa. Anda boleh mengetahui lanjut mengenai acara ini melalui laman rasmi atau media sosial SneakerLAH.

Leave a Reply