Sebelum sinonim dengan watak John J. Rambo, Sylvester Stallone terlebih dahulu terkenal dengan membawa watak Robert Balboa ataupun lebih dikenali sebagai Rocky, dengan penampilan pertama melalui filem Rocky yang diterbitkan pada tahun 1976.

Filem Rocky adalah mengenai watak Rocky Balboa yang mengambil inspirasi daripada peninju Chuck Wepner. Ia memfokuskan kepada bagaimana Rocky daripada seorang peninju amatur mula dikenali ramai selepas mendapat durian runtuh untuk melawan dengan Apollo Creed iaitu juara dunia pada waktu itu.

Siri ini kemudian menerima 5 lagi filem iaitu Rocky II pada tahun 1979, Rocky III pada tahun 1982, Rocky IV pada tahun 1985, Rocky V pada tahun 1990 dan Rocky Balboa filem terakhir yang diterbitkan pada tahun 2006.

Jika anda tidak pernah tonton ataupun ingin ulang tonton, berita baik untuk anda kerana Prime Video telah menawarkan kesemua filem siri ini. Francais filem ini diteruskan dengan filem sampingan iaitu Creed lakonan Michael B. Jordan yang setakat ini menerima tiga filem yang juga boleh ditonton melalui Prime Video.

Prime Video boleh dilanggan dengan harga RM25 sebulan ataupun dapatkan bersama dengan Twitch Prime yang juga ditawarkan dengan harga yang sama.

Sohor Kini