HoYoverse akan melancarkan permainan terbaru mereka iaitu Zenless Zone Zero secara rasmi pada 4 Julai ini. Bersempena dengan pelancaran tersebut mereka juga telah melakukan perkongsian lanjut untuk berkongsi kandungan-kandungan yang akan disertakan melalui versi 1.0.

Antara perkongsian yang dilakukan, melalui versi 1.0, pemain bukan sahaja dapat mengembara di kawasan Sixth Street tetapi juga kawasan baharu iaitu Lumina Square. Pemain boleh mencari Bangboo di sekitar bandar yang mungkin memerlukan bantuan, selain itu pemain juga boleh melawat Scott Outpost untuk melawan penjahat di Hollow Zero dan Shiyu Defense.

Pemain juga kini dapat mengakses tingkat 2 di Random Play iaitu tempat tinggal watak pemain untuk berehat, mendengar muzik dan juga menghias dinding dengan gambar-gambar pengembaraan.

Bagi penceritaan pula, selain daripada Bab 1, pemain juga boleh melakukan Bab 2 – Interlude yang memperkenalkan Zhu Yuan dan juga Bab 3 yang memfokuskan kepada kumpulan Victoria Housekeeping. Dua watak baharu yang akan diperkenalkan di dalam versi 1.0 ialah Lucy dan Piper.

Bagi membantu pemain untuk bermula, HoYoverse juga telah mengumumkan yang pemain boleh dapatkan 100 ‘pull’ yang dibahagikan kepada 1600 Polychromes, 70 Master Tapes, 20 Encrypted Master Tapes. Master Tapes boleh digunakan di ‘Standard Banner’, manakala Encrypted Master Tapes untuk ‘Special Banner’. Polychromes boleh ditukar menjadi 10x Master Tapes ataupun Encrypted Master Tapes.

Tambahan pada itu, pemain juga akan dapat 80 Boopons iaitu mata wang yang akan digunakan untuk mendapatkan Bangboo iaitu sejenis alat yang dikawal oleh AI dan mempunyai kuasa-kuasa berbeza. Boopons yang boleh didapatkan di dalam permainan dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit kecuali melalui Battle Pass.

Zenless Zone Zero akan dilancarkan pada 4 Julai untuk PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Sohor Kini