Seperti sedia maklum, Honor of Kings Invitational Midseason 2024 akan berlangsung sebagai salah satu kejohanan untuk Piala Dunia Esukan yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi. Pusingan kelayakan iaitu Honor of Kings Invitational 2024 Musim 2, sedang berlangsung di Malaysia.

Dua pasukan dari Malaysia di dalam kejohanan ini iaitu Team Secret dan LGD Gaming MY telah menjadi juara untuk kumpulan masing-masing yang bukan sahaja membolehkan mereka meneruskan kejohanan di peringkat Kalah Mati, tetapi juga mengesahkan tiket mereka ke Honor of Kings Invitational Midseason 2024.

Pusingan Kalah Mati untuk Honor of Kings Invitational 2024 Musim 2 akan berlangsung bermula 7 Julai ini dengan mereka akan merebut hadiah terkumpul $300 ribu. Manakala di Piala Dunia Esukan yang bermula pada 1 Ogos, mereka akan merebut hadiah terkumpul $3 juta.

Baca: Berikut Adalah Acara Yang Dipertandingkan Ketika Piala Dunia Esukan 2024 – 21 Permainan, $60 Juta Hadiah Terkumpul

Sohor Kini