Mobile Legends: Bang Bang telah menerima hero baharu iaitu Zhuxin yang merupakan Mage dengan kepakaran untuk melakukan Damage dan juga Crowd Control. Berdasarkan kebolehannya, Zhuxin dicadangkan untuk bermain di bahagian Mid Lane.
Berikut merupakan kebolehan untuk Zhuxin:
- Passive – Crimson Butterflies: Setiap kali Zhuxin menggunakan Skill 2, mana yang digunakan akan menjadi Crimson Butterflies, apabila tidak lagi menggunakan Skill 2, Crimson Butterflies ini akan berubah mengembalikan sedikit mana kepada Zhuxin.
- Skill 1 – Fluttering Grace: Zhuxin akan melakukan serangan berbentuk kipas, selain melakukan Magic Damage, ia juga akan mengenakan Soul Snare. Lawan yang terkena serangan juga akan bergerak lebih perlahan dan Zhuxin bergerak lebih pantas untuk masa terhad.
- Skill 2 – Lantern Flare: Zhuxin akan mengeluarkan Spirit Lantern yang boleh dikawal dan menggunakan Mana, lawan yang terkena akan mendapat Magic Damage dan juga Soul Snare. Lawan yang mempunyai Soul Snare yang cukup akan ditangkap dan diterbangkan, Zhuxin kemudian boleh membaling lawan tersebut ke mana-mana arah termasuk juga ke lawan lain untuk melakukan damage tambahan.
- Ultimate – Crimson Beacon: Zhuxin akan blink sasaran dan akan terbang, lawan yang berada sekitar Zhuxin akan menerima Magic Damage dan juga Soul Snare.
Zhuxin hadir dengan jumlah mana yang tinggi, akan tetapi jumlah tersebut tidak akan bertambah mengikut tahap.
Mobile Legends: Bang Bang sudah dilancarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.