Honor of Kings sudah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 20 Jun lepas, dan Level Infinite telah mengumuman pelbagai acara untuknya termasuk juga dengan kejohanan Honor of Kings Invitational Musim 2 akan dianjurkan di Kuala Lumpur.

Selain daripada itu, mereka juga telah mengumumkan penganjuran Honor of Kings SEA ALLSTAR Showmatch yang akan menggandingkan pencipta-pencipta kandungan dari negara Asia Tenggara untuk memperlihatkan kemahiran mereka.

Pencipta kandungan yang akan terlibat ialah Jumper dan Kingshahx dari Malaysia, DeanKT dan BTR Anin dari Indonesia, Razzie Binx dan Eli Gaming dari Filipina, Edward dan Ying dari Myanmar, dan Ream Angkor dan Selena Gaming dari Laos.

Perlawanan ini akan bermula pada 12 petang pada 29 Jun 2024 dan anda boleh tontonnya di saluran rasmi Honor of Kings.

Sohor Kini