Sesi Beta Terbuka Untuk Concord Bermula Pada 18 Julai

Firewalk telah mengumumkan yang sesi beta terbuka untuk Concord akan bermula pada 19 Julai sehingga 22 Julai di PlayStation 5 dan PC. Jika ingin mencuba lebih awal, terdapat juga sesi akses awal pada 13 Julai sehingga 15 Julai tetapi terbuka kepada pemain yang melakukan pra-tempahan sebelum tarikh tersebut.

Melalui sesi beta ini, pemain boleh mencuba 16 Freegunners, 4 mod dan juga 5 peta.

Concord merupakan permainan multi-pemain 5v5 menembak yang dibangunkan oleh Firewalk Studios iaitu studio di bawah PlayStation Studios. Di dalam permainan ini, pemain boleh memilih pelbagai watak yang digelar sebagai Freegunner, setiap daripada mereka mempunyai keupayaan tersendiri dan memainkan peranan berbeza di dalam setiap pasukan.

Permainan ini akan dilancarkan pada 23 Ogos 2024 untuk PlayStation 5 dan PC.

Sohor Kini