Elden Ring Shadow of the Erdtree Terjual 5 Juta Unit

Elden Ring telah mengumumkan yang penambahan untuk permainan tersebut iaitu Shadow of the Erdtree terjual sebanyak 5 juta unit setakat ini. Memperlihatkan prestasi jualan yang sangat baik terutama untuk DLC.

Sebelum ini dilaporkan yang permainan asas untuknya telah terjual sebanyak 25 juta unit yang terus menjadikan ia adalah permainan dengan jualan tertinggi oleh FromSoftware. Ditambah lagi dengan jualan untuk DLC ini, Elden Ring terus menjadi permainan yang paling berjaya untuk mereka.

Elden Ring sudah dilancarkan sejak tahun 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini