Ubisoft di laman rasmi mereka telah berkongsi temubual dengan CEO Yves Guillemot dan telah menyentuh beberapa perkara seperti perancangan untuk Assassin’s Creed, permainan live-service dan juga AI generatif.

Bagi Assassin’s Creed, Yves Guillemot telah mengesahkan yang Ubisoft sedang membangunkan versi ‘remake’ untuk permainan-permainan lama Assassin’s Creed. Mereka ingin melawat semula permainan tersebut tetapi akan dimodenkan. Selain itu, beliau juga mengatakan yang Ubisoft ingin melancarkan permainan Assassin’s Creed dengan lebih kerap tetapi dengan pengalaman berbeza untuk setiap daripadanya.

Menyentuh mengenai permainan berasakan live-service ataupun games as a service (GaaS) beliau mengatakan yang permainan GaaS yang berjaya akan berjaya untuk satu jangka masa yang panjang, oleh itu mereka perlu sentiasa mendengar pendapat pemain mengenainya. Beliau juga mengatakan permainan GaaS terbaru oleh mereka iaitu XDefiant masih memerlukan banyak penambah-baikkan tetapi gembira dengan ia telah menerima 11 juta pemain dalam masa yang singkat.

Yves Guillemot mengatakan yang antara perkara yang mengujakan di dalam industri permainan video pada waktu ini adalah teknologi baharu dan potensinya untuk pembangun. Beliau menjadikan AI generatif sebagai contoh dan mengatakan di dalam permainan dunia terbuka, teknologi ini boleh menjadikan NPC lebih bijak dan interaktif. Ia juga boleh membantu untuk menghasilkan haiwan-haiwan dan juga dunia itu sendiri.

Anda boleh baca temubual penuh di pautan ini.

Sohor Kini