Filem tempatan dengan kutipan tertinggi pada tahun ini iaitu Sheriff: Narko Integriti mula ditawarkan melalui Astro First pada hujung minggu lepas, dan terbaru Astro telah mengumumkan yang filem tersebut mengutip RM1 juta melaluinya.
Filem ini ditawarkan dengan harga RM16.20 di Astro dan RM19.50 di sooka dan boleh ditonton selama 48 jam. Melalui sooka, ia juga boleh disewa tanpa memerlukan sebarang kontrak ataupun akaun berbayar.
Sheriff merupakan filem arahan Syafiq Yusof, beliau juga menulis lakon layar bersama dengan Nazifdin Nasrudin berdasarkan cerita asal oleh beliau sendiri. Senarai pelakon ialah seperti Zul Arifin, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, dan Dato’ Aaron Aziz.