Skip to main content

EA dan Maxis telah mengumumkan yang penambahan seterusnya untuk The Sims 4 adalah The Sims 4 Lovestruck Expansion Pack yang akan dilancarkan pada 26 Julai untuk PlayStation, Xbox, PC dan Mac.

Seperti judulnya, penambahan ini memfokuskan kepada memberi lebih banyak aktiviti untuk pemain melakukan janji temu dengan kenalan ataupun kekasih. Tambahan pada itu, ia juga memperkenalkan aplikasi di dalam permainan iaitu ‘Cupid’s Corner’ untuk pemain mencari kenalan.

The Sims 4 boleh dimainkan secara percuma tetapi penambahan tambahan perlu dibeli secara berasingan.

Leave a Reply