HBO Go telah mengumumkan yang filem Godzilla x Kong: The New Empire yang ditayangkan di pawagam pada bulan Mac lepas akan mula distrim melalui HBO Go pada 4 Julai 2024.
Filem kelima di dalam Monterverse ini berlaku tiga tahun selepas kejadian di dalam Godzilla vs. Kong, kedua kaiju ini perlu bekerjasama untuk menyelamatkan ancaman baharu. Sepanjang tayangan filem ini mengutip $570 juta iaitu tertinggi di dalam siri filem ini.
Godzilla x Kong: The New Empire diarahkan oleh Adam Wingard dengan senarai pelakon seperti Rebecca Hall, Brian Tyree Henry, Dan Stevens, Kaylee Hottle, Alex Ferms dan Fala Chen.
Anda boleh baca ulasan kami di pautan berikut: Ulasan Godzilla x Kong: The New Empire.