MM2 Entertainment telah mengumumkan yang filem aksi dari Hong Kong iaitu Custom Frontline akan ditayangkan di Malaysia pada 5 Julai 2024. Filem ini diarahkan oleh pengarah veteran iaitu Herman Yau yang sebelum ini mengarah The Legend is Born – IP Man dan Turning Point.

Filem ini menyertakan barisan pelakon seperti Jacky Cheung, Karena Lam, Yase Liu dan Nicholas Tse yang juga akan menjadi koreografi aksi buat pertama kali di dalam kariernya. Senarai pelakon lain ialah Francis Ng, Michelle Wai, Carlo Chan dan Yuen Fu Wah.

Customs Frontline merupakan filem mengenai pasukan imigresen Hong Kong yang sedang melawan dengan sekumpulan penyeludup.

Sohor Kini