Skip to main content

Steam telah mengumumkan fungsi terbaru yang diperkenalkan iaitu ‘Game Recording’ yang berfungsi sebagai perakam video sesi permainan anda kini boleh diakses oleh kesemua pengguna Steam selepas dilancarkan secara beta untuk 4 bulan lepas.

Terdapat dua cara untuk rakaman iaitu rakaman secara berterusan dan juga rakaman apabila perlu, bagi rakaman secara berterusan pengguna boleh tetapan panjang untuk satu rakaman, dan apabila storan penuh, ia akan membuang rakaman yang lama secara automatik. Pengguna boleh mengubah rakaman ini untuk dijadikan sebagai klip pendek. Manakala bagi rakaman apabila perlu, Steam akan memulakan rakaman selepas menekan kunci yang ditetapkan. Setiap rakaman melalui cara ini akan disimpan sebagai klip.

Selain merakam, pengguna juga boleh menggunakan penanda untuk tanda tatamain tertentu yang menarik ataupun terdapat perkara yang penting untuk diingatkan. Permainan juga boleh meletakkan penanda secara sendiri, jika pembangun menyertakan fungsi ini. Buat masa ini, hanya Dota 2 dan Counter-Striker 2 yang menyokongnya.

Fungsi ini bukan sahaja boleh digunakan bersama dengan permainan yang dibeli melalui Steam, akan tetapi pengguna juga boleh gunakannya di permainan-permainan yang dibeli atau dimuat turun di gedung berbeza, namun sokongan Steam Overlay mesti dibenarkan dengan menyenaraikan permainan tersebut di perpustakaan Steam.

Steam juga mengatakan yang fungsi ini tidak akan menjejaskan prestasi permainan kecuali menggunakan PC yang tidak memiliki kad grafik kerana fungsi ini sebaliknya menggunakan CPU untuk berfungsi yang akan menjejaskan prestasi. Fungsi ini juga boleh digunakan di Steam Deck dan secara teknikalnya mana-mana PC mudah alih.

Anda boleh baca lanjut mengenainya di pautan ini.

Leave a Reply