Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan permainan percuma buat pelanggan PlayStation Plus secara rasmi bagi bulan Julai untuk pelanggan di Malaysia.

Penawaran bulan ini menyertakan tiga permainan percuma yang boleh ditebus bermula 2 Julai 2024:

  • Borderlands 3
  • EA Sports NHL 24
  • Among Us

Jika anda masih belum menebus permainan yang ditawarkan pada bulan Jun, anda masih boleh melakukannya sehingga 1 Julai 2024.

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan.

Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM235 untuk setahun iaitu harga baharu yang bermula pada 6 September tahun lepas.

Sohor Kini