Disney Epic Mickey: Rebrushed Dilancarkan September Ini

THQ Nordic telah mengumumkan yang Disney Epic Mickey: Rebrushed akan dilancarkan pada 24 September 2024 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC. Sesi pra-tempahan sudah dibuka bagi yang berminat dan dapatkan kostum pek serta akses awal sehari.

Disney Epic Mickey: Rebrushed merupakan permainan olahan semula untuk Epic Mickey yang dilancarkan pada tahun 2010 untuk Wii. Ia dibangunkan oleh Junction Point Studios dengan Purple Lamp bertanggungjawab untuk Rebrushed ini, mereka sebelum ini membangunkan SpongeBob SquarePants – The Cosmic Shake.

Ia merupakan permainan platformer yang memfokuskan kepada kreativiti pemain untuk menyelesaikan sesuatu peringkat. Selain itu, pemain juga boleh melakukan pelbagai pilihan di dalam penceritaan yang memberikan pengalaman yang berbeza.

Sohor Kini