Warner Bros Discovery telah mengumumkan yang Francesca Gardiner akan menjadi showrunner dan juga penulis untuk siri TV berdasarkan Harry Potter. Beliau sebelum ini merupakan penerbit untuk siri TV seperti Succession dan His Dark Material yang beliau juga merupakan penulis, kedua-duanya untuk HBO.

Selain itu, mereka juga mengumumkan Mark Mylod akan menjadi pengarah untuk beberapa episod siri ini. Beliau sebelum ini merupakan pengarah bagi siri Game of Thrones, Succession dan juga filem The Menu.

Sebagaimana yang diumumkan oleh HBO pada tahun lepas, siri Harry Potter ini bukanlah penceritaan baharu akan tetapi akan mengadaptasi buku-buku asal untuk siri ini, seperti yang dilakukan oleh koleksi filem.

Siri ini dijangkakan tiba pada tahun 2026.

Sohor Kini