Skip to main content

Seperti kita sedia maklum, Netflix telah mengesahkan yang musim kedua untuk siri aksi nyata One Piece akan dibangunkan, dan terbaru mereka telah mengumumkan beberapa pelakon baharu untuk watak-watak yang akan diperkenalkan pada musim baharu.

Pada 25 Jun lepas, mereka telah mengumumkan kumpulan Baroque Works iaitu Mr. 3 yang dilakonkan oleh David Dastmalchian, Miss Valentine yang dilakonkan oleh Jazzara Jaslyn, Mr. 5 dilakonkan oleh Camrus Johnson dan Mr. 9 dilakonkan oleh Daniel Lasker.

Manakala hari ini pula, mereka telah mengumumkan tiga lagi watak iaitu Crocus lakonan Clive Russell, dua rakan gergasi iaitu Dorry dilakonkan oleh Werner Coestser dan Brogy dilakonkan oleh Brendan Murray.

Pada 27 Jun, Netflix telah mengumumkan tambahan 4 lagi pelakon iaitu Smoker yang akan dilakonkan oleh Callum Kerr, Tashigi yang dilakonkan oleh Julia Rehwald, Wapol lakonan Rob Colletti dan Dalton yang akan di bawa oleh Ty Keogh.

Musim pertama untuk siri aksi nyata One Piece ini telah menerima penerimaan yang sangat baik dengan lebih 37.8 juta tontonan dalam masa dua minggu mula disiarkan. Selain itu, siri ini turut menjadi ‘Top 10’ di 93 negara, termasuk juga Malaysia.

Baca: Ulasan One Piece (Netflix).

Leave a Reply