Netflix Menyertakan 4 Permua Baharu Bulan Ini

Netflix telah mengumumkan penambahan empat permainan mudah alih baharu yang sudah disertakan di dalam perkhidmatan mereka dan satu permainan yang akan datang.

Mereka juga berkongsi beberapa kemaskini untuk permainan sedia ada seperti Oxenfree II: Lost Signals yang menerima vinil khas untuk OST dan Terra Nil yang mendapat kemaskini terbesar menyertakan peta, 5 peringkat dan juga 9 bangunan baharu.

Permainan baharu yang disertakan adalah The Case of the Golden Idol yang merupakan permainan tekaria memfokuskan kepada penyiasatan mengenai satu pembunuhan.

Seterusnya adalah Cozy Grove: Camp Spirit iaitu permainan pengembaraan yang menyertakan pelbagai rekaan persekitaran dan juga haiwan-haiwan comel. Pemain boleh melakukan crafting dan menghias pulau dengan kreativiti tersendiri.

Bagi yang gemar permainan kad, Hearts merupakan permainan kad klasik yang dibangunkan oleh MobilityWare. Pemain boleh bermain secara berseorangan ataupun melawan dengan pemain-pemain lain.

Permainan terakhir yang disertakan adalah Netflix Stories: Perfect Match iaitu permainan berdasarkan siri realiti berjudul sama yang boleh ditonton di Netflix. Permainan ini menyertakan penceritaan yang interaktif dengan pilihan pemain memberikan penceritaan yang berbeza.

Netflix juga telah mengumumkan permainan akan datang iaitu Thirsty Suitors iaitu permainan role-playing yang meletakkan pemain sebagai Jala yang sedang melalui putus cinta dan terpaksa berhadapan dengan keluarganya.

Kesemua permainan ini ditawarkan bersama dengan langganan Netflix tanpa bayaran tambahan. Netflix boleh dilanggan dengan harga bermula RM17 sehingga RM55 sebulan.

Sohor Kini