Buat julung kalinya, Piala Dunia Esukan akan berlangsung di Riyadh, Arab Saudi. Acara ini akan dianjurkan secara tahunan diuruskan oleh ‘Yayasan Piala Dunia Esukan’ yang menerima dana daripada oleh Dana Pelaburan Awam Arab Saudi. Yayasan Piala Dunia Esukan akan menganjurkan acara ini dengan kerjasama bersama ESL yang diambil-alih oleh Savvy Gaming Group pada tahun 2022, iaitu syarikat permainan video yang juga mendapat pelaburan daripada Dana Pelaburan Awam Arab Saudi.

Acara ini menyertakan hadiah terkumpul terbesar di dalam sukan dengan jumlah keseluruhan melebihi $60 juta yang dibahagikan kepada 22 kejohanan berbeza yang melibatkan 21 permainan video berlainan. Acara ini akan berlangsung selama 8 minggu iaitu bermula pada 3 Julai sehingga 25 Ogos 2024.

Berikut adalah kejohanan yang akan dianjurkan semasa Piala Dunia Esukan ini mengikut permainan:

Mobile Legends: Bang Bang

  • Kejohanan: Mobile Legends Mid Summer Cup (MSC) 2024
  • Tarikh: 3 Julai – 14 Julai 2024
  • Hadiah Terkumpul: $3 Juta
  • Penglibatan pasukan Malaysia: Ada (Red Giants Esports, HomeBois)
  • Kejohanan: Mobile Legends Women’s Invitational (MWI) 2024
  • Tarikh: 24 Julai – 27 Julai 2024
  • Hadiah Terkumpul: $500 ribu
  • Pasukan Malaysia: Ada (Gaimin Gladiators HomeGirls)

Call of Duty: Warzone

  • Kejohanan: EWC Call of Duty Warzone
  • Tarikh: 3 Julai – 6 Julai 2024
  • Hadiah Terkumpul: $1 Juta
  • Pasukan Malaysia: Tiada

Dota 2

  • Kejohanan: Riyadh Masters
  • Tarikh: 4 Julai – 21 Julai 2024
  • Hadiah Terkumpul: $5 Juta
  • Pasukan Malaysia: Ada (Aurora) + 3 pemain Malaysia mewakili pasukan China ‘G2 x iG’

League of Legends

  • Kejohanan: EWC League of Legends
  • Tarikh: 4 Julai – 7 Julai 2024
  • Hadiah Terkumpul: Akan Diumumkan
  • Pasukan Malaysia: Tiada

Free Fire

  • Kejohanan: EWC Free Fire
  • Tarikh: 10 Julai – 14 julai 2024
  • Hadiah Terkumpul: $1 Juta
  • Pasukan Malaysia: Tiada

Counter Strike 2

  • Kejohanan: EWC Counter Striker 2
  • Tarikh: 17 Julai – 21 Julai 2024
  • Hadiah Terkumpul: $1 Juta
  • Pasukan Malaysia: Tiada

PUBG Mobile

  • Kejohanan: PUBG Mobile World Cup (PMWC) 2024
  • Tarikh: 19 Julai – 28 Julai 2024
  • Hadiah Terkumpul: $3 Juta
  • Pasukan Malaysia: Ada (Yoodo Alliance)

Overwatch 2

  • Kejohanan: EWC Overwatch 2
  • Tarikh: 24 Julai – 28 Julai 2024
  • Hadiah Terkumpul: $1 Juta
  • Pasukan Malaysia: Tiada

Tom Clancy’s Rainbow Six Siege

  • Kejohanan: EWC Rainbow Six Siege
  • Tarikh: 31 Julai – 4 Ogos 2024
  • Hadiah Terkumpul: $3 Juta
  • Pasukan Malaysia: Tiada

Honor of Kings

  • Kejohanan: Honor of Kings Invitational Midseason 2024
  • Tarikh: 1 Ogos – 4 Ogos 2024
  • Hadiah Terkumpul: $3 Juta
  • Pasukan Malaysia: Ada (Team Secret, LGD Gaming MY)

Apex Legends

  • Kejohanan: EWC Apex Legends
  • Tarikh: 1 Ogos – 4 Ogos 2024
  • Hadiah Terkumpul: $2 Juta
  • Pasukan Malaysia: Tiada

Teamfight Tactics

  • Kejohanan: EWC Teamfight Tactics
  • Tarikh: 8 Ogos – 11 Ogos 2024
  • Hadiah Terkumpul $500 ribu
  • Pasukan Malaysia: Tiada

Fortnite

  • Kejohanan: EWC Fortnite (Featuring Fortnite)
  • Tarikh: 8 Ogos – 11 Ogos 2024
  • Hadiah Terkumpul: Akan diumumkan
  • Pasukan Malaysia: Tiada

Street Fighter 6

  • Kejohanan: EWC Street Fighter 6
  • Tarikh: 8 Ogos – 11 Ogos 2024
  • Hadiah Terkumpul: $1 Juta
  • Pemain Malaysia: Tiada

StarCraft II

  • Kejohanan: EWC StarCraft II
  • Tarikh: 14 Ogos – 18 Ogos 2024
  • Hadiah Terkumpul: $1 Juta
  • Pemain Malaysia: Tiada

Call of Duty Modern Warfare III

  • Kejohanan: EWC Call of Duty Modern Warfare III
  • Tarikh: 15 Ogos – 18 Ogos 2024
  • Hadiah Terkumpul: $1.8 Juta
  • Pasukan Malaysia: Akan diumumkan

EA Sports FC 24

  • Kejohanan EWC EA Sports FC 24
  • Tarikh: 15 Ogos – 18 Ogos 2024
  • Hadiah Terkumpul: $1 Juta
  • Pemain Malaysia: Tiada

PUBG: Battlegrounds

  • Kejohanan: EWC PUBG: Battlegrounds
  • Tarikh: 21 Ogos – 25 Ogos 2024
  • Hadiah Terkumpul: $2 Juta
  • Pasukan Malaysia: Akan diumumkan

Rocket League

  • Kejohanan: EWC Rocket League (Featuring Rocket League)
  • Tarikh: 22 Ogos – 25 Ogos 2024
  • Hadiah Terkumpul: Akan diumumkan
  • Pasukan Malaysia: Tiada

ESL R1 (Rennsport)

  • Kejohanan: ESL R1 2024 Spring
  • Tarikh: 22 Ogos – 25 Ogos 2024
  • Hadiah Terkumpul: $500 Ribu
  • Pasukan Malaysia: Tiada

Tekken 8

  • Kejohanan: EWC Tekken 8
  • Tarikh: 22 Ogos – 25 Ogos 2024
  • Hadiah Terkumpul: $1 Juta
  • Pemain Malaysia: Tiada

EWC Club Championship

Selain kejohanan mengikut permainan di atas, setiap pasukan yang terlibat dengan Piala Dunia Esukan juga layak untuk memenangi EWC Club Championship. Setiap pasukan yang berada di kedudukan 8 terbaik di mana-mana permainan akan mendapat ‘Club Points’, pasukan yang mengumpul Club Points tertinggi dan juga memenangi sekurang-kurangnya 1 kejohanan akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan untuk Piala Dunia Esukan.

Oleh itu, pasukan yang mempunyai kemungkinan besar untuk memenangi adalah pasukan yang menghantar pasukan untuk lebih daripada satu kejohanan. Menyukarkan pasukan-pasukan Malaysia yang terlibat dengan satu kejohanan sahaja untuk memenanginya. Pasukan-pasukan terbaik untuk EWC Club Championship akan membawa pulang hadiah terkumpul $20 juta dengan pecahan seperti berikut:

  • Tempat 1: $7 juta
  • Tempat 2: $4 juta
  • Tempat 3: $2 juta
  • Tempat 4: $1.5 juta
  • Tempat 5: $1.25 juta
  • Tempat 6: $1 juta
  • Tempat 7: $800 ribu
  • Tempat 8: $600 ribu
  • Tempat 9: $450 ribu
  • Tempat 10: $350 ribu
  • Tempat 11: $250 ribu
  • Tempat 12: $200 ribu
  • Tempat 13-16: $150 ribu

Anda boleh mengikuti kejohanan ini melalui saluran rasmi permainan ataupun melalui saluran Piala Dunia Esukan bermula pada 3 Julai ini.

Sohor Kini