Pada tahun 2021, penstrimer terkenal Dr Disrespect atau nama sebenar Herschel Beahm telah menjadi pengasas bersama untuk studio permainan video Midnight Society yang sedang membangunkan permainan battle royale sendiri.

Melalui pengumuman terbaru di X, Midnight Society telah mengumumkan yang mereka tidak lagi bersama dengan Dr Disrespect. Perkara ini disebabkan tuduhan mengenai penstrimer tersebut telah menghubungi peminat bawah umur untuk berjumpa ketika TwitchCon.

Dr Disrespect diharamkan daripada Twitch pada tahun 2020, syarikat penstriman tidak mengumumkan sebab pengharaman tersebut akan tetapi minggu lepas, Cody Conners bekas pekerja Twitch telah menulis di X mengatakan yang ‘dia’ diharamkan daripada Twitch kerana menghubungi peminat bawah umur.

Cody Conners tidak menyatakan nama tetapi ramai yang mengatakan ia berkait dengan Dr Disrespect, perkara ini kemudian disahkan sendiri oleh The Verge yang mendapat maklumat daripada sumber lain, dan mengatakan ia merujuk kepada penstrimer tersebut.

Sohor Kini