Deadline telah melaporkan yang filem Nobody 2 iaitu filem susulan kepada Nobody yang terbit pada tahun 2021 akan diarahkan oleh pengarah dari Indonesia iaitu Timo Tjahjanto. Beliau sebelum ini mengarah dua filem May the Devil Take You dan The Big 4.

Bob Odenkirk yang membawa watak Hutch Mansell atau ‘Nobody’ akan kembali untuk watak tersebut dan menulis skrip bersama dengan Derek Kolstad, Aaron Rabin, dan Umair Aleem. Filem ini disasarkan untuk tayangan pada 15 Ogos 2025.

Filem Nobody merupakan francais yang dihasilkan oleh Derek Kolstad yang sebelum ini hadir dengan francais John Wick, filem pertama memfokuskan kepada Hutch Mansell yang merupakan pemununuh upahan kerajaan terpaksa menggunakan kemahirannya selepas keluarganya menjadi sasaran penjahat.

Sohor Kini