Minecraft Untuk PlayStation 5 Sedang Dibangunkan

Mojang telah mengumumkan yang mereka sedang membangunkan Minecraft untuk PlayStation 5 dengan sesi percubaan telah pun ditawarkan untuk pemilik permainan tersebut di PlayStation 4 yang buat masa ini tidak dinyatakan tarikh tamat untuknya.

Minecraft sudah boleh dimainkan di PS5 akan tetapi menggunakan versi PS4 yang dimainkan menggunakan teknologi keserasian belakang. Menurut Mojang, hadirnya versi khusus untuk konsol terkini tersebut akan memberikan pengalaman permainan yang lebih baik.

Perkara ini akan menjadikannya sama seperti versi Xbox Series yang telah menerima versi khusus sebelum ini yang antaranya akan menyokong resolusi sehingga 4K. Buat masa ini masih tidak disahkan lagi bila versi PS5 ini akan dilancarkan secara rasmi.

Minecraft sudah dilancarkan untuk hampir kesemua platform dan merupakan permainan dengan jualan tertinggi sepanjang zaman.

Sohor Kini