Acer Malaysia telah mengumumkan yang monitor ultra-lebar mereka iaitu Nitro ED343CUR H sudah dilancarkan dengan harga RM1,099. Monitor ini dengan resolusi QHD 21:0 bersaiz 34-inci dan mempunyai permukaan dengan lengkungan 1000R curvature dengan panel VA.

Acer Nitro ED343CUR H juga menyokong teknologi HDR10, kadar segar semula 100Hz, tempoh reaksi 1ms (VRB) dan Adaptive Sync untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar dan bersesuaian dengan pelbagai jenis keadaan atau kandungan.

Bagi rekaan, ia hadir dengan rekaan ZeroFrame untuk memberikan rekaan yang bukan sahaja menarik tetapi dapat memaksimumkan ruangan paparan terutama untuk penggunaan mutli-monitor. Seperti monitor Acer yang lain, ia juga dilengkapi dengan teknologi Acer VisionCare 2.0 untuk mengekalkan penggunaan yang selesa.

Monitor ini sudah boleh didapatkan di Acer eStore, gedung rasmi Acer di Shopee dan Lazada, dan juga pengedar-pengedar rasmi Acer.

Sohor Kini