HBO telah berkongsi treler acar kedua untuk siri The Penguin lakonan Colin Farrell. Treler ini memperlihatkan apa yang berlaku selepas kejadian di dalam filem The Batman – banjir dan juga kematian Carmine Falcone.

Dengan kematian Carmine Falcone, ia meninggalkan satu vakum kuasa, dan The Penguin cuba mengisi kekuasaan tersebut. Namun, dia perlu menghadapi ahli keluarga Falcone yang lain seperti Alberto Falcone dan Sofia Falcone iaitu anak lelaki dan perempuan Carmine yang juga inginkan takhta tersebut.

Siri ini akan menyertakan 8 episod yang memfokuskan kepada The Penguin selepas kejadian di dalam filem The Batman. Selain Colin Farrel, Christin Milioti, Rhenzy Feliz, Michael Kelly, Shohreh Aghdashloo, Deirdre O’ Connell, Clancy Brown, dan Michael Zegen turut berlakon di dalam siri ini dengan Matt Reeves, Dylan Clark, Colin Farrel dan Lauren LeFranc yang juga menjadi penulis serta showrunner untuk siri ini.

The Penguin akan disiarkan bulan September ini melalui HBO Go yang boleh dilanggan dengan harga RM23.30/sebulan, ia juga boleh didapati bersama dengan langganan Astro dan juga Unifi TV.

Sohor Kini