Kingnet Technology Limited telah mengumumkan yang MU: Monarch SEA akan dilancarkan pada 25 Jun 2024 untuk iOS dan juga Android. Ia merupakan permainan MMORPG yang ingin membawa pengalaman klasik MU Online ke telefon pintar dan mendapat lesen daripada Webzen.
Mereka mengatakan yang permainan ini akan mengekalkan pengalaman daripada MU Online yang dilancarkan pada tahun 2001 tetapi disertakan dengan pelbagai pembaharuan terutama untuk menyesuaikannya di telefon pintar.
Ini bukanlah pertama kali, permainan MU di bawah ke telefon pintar. Webzen sebelum ini membawa MU Origin tetapi telah ditutup pada tahun 2022, tetapi ia mempunyai beberapa permainan sampingan lain seperti MU Origin 2 dan MU Origin 3 yang dibangunkan oleh pihak ketiga.
Sesi pra-pendaftaran masih dibuka untuk MU: Monarch SEA dan anda boleh melakukannya melalui pautan ini untuk mendapat ganjaran di dalam permainan dan juga iPhone 15 Pro Max.