Skip to main content

Paramount dan United International Pictures baru-baru ini telah berkongsi treler acah untuk Smile 2, selain itu mereka juga mengumumkan yang di Malaysia filem ini akan ditayangkan pada 17 Oktober 2024.

Filem ini merupakan sekuel kepada Smile yang ditayangkan pada tahun 2022 dan menjadi filem seram dengan kutipan tertinggi pada tahun tersebut.

Filem akan mengikuti kisah Skye Riley lakonan Naomi Scott iaitu seorang artis pop terkenal yang mula mengalami kejadian aneh di sekelilingnya. Dia terpaksa menghadapi kisah silamnya untuk mengelak keadaan menjadi lebih luar kawalan.

Filem ini terus diarahkan oleh Parker Finn yang juga akan menulis dengan senarai pelakon lain ialah Rosemarie DeWitt, Kyle Gallner, Lukas Gage, Miles Gutierrez-Riley, Peter Jacobson dan Raul Castillo.

Leave a Reply