Just Dance 2025 Edition Dilancarkan Oktober Ini

Ubisoft ketika Nintendo Direct telah mengumumkan yang Just Dance 2025 Edition akan dilancarkan pada bulan Oktober 2024 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan Nintendo Switch.

Permainan terbaru di dalam siri ini akan menyediakan 40 lagu baharu termasuklah Yes, and? oleh Ariana Grande, Unstoppable oleh Sia dan Poker Face oleh Lady Gaga. Selain itu, Ubisoft juga mengatakan yang pemain yang memiliki Just Dance 2023 Edition dan/atau Just Dance 2024 Edition dapat melihat kandungan-kandungan tersebut di dalam permainan terbaru ini.

Setiap pembelian Just Dance 2025 Edition juga akan disertakan bersama dengan akses selama 1-bulan untuk Just Dance+.

Sohor Kini