Skip to main content

GSC dan Multimedia Entertainment telah berkongsi treler pertama untuk filem Takluk: Lahad Datu iaitu filem yang mengambil inspirasi daripada kisah benar mengenai krisis pencerobohan Lahad Datu yang berlaku pada tahun 2013.

Krisis tersebut lebih dikenali sebagai ‘Operasi Daulat’ akan tetapi filem ini berlaku sebelum kejadian operasi tersebut dan hanya melibatkan Polis Diraja Malaysia, manakala Operasi Daulat turut melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Filem ini diarahkan oleh Zulkarnain Azhar yang sebelum ini mengarah filem seperti J Revolusi dan Air Force: The Movie – Selagi Bernyawa. Antara senarai pelakon ialah Syafiq Kyle, Fikry Ibrahim, Kamal Adli dan Eman Manan.

Leave a Reply