Wargaming telah mengumumkan yang permainan World of Tanks Blitz kini mempunyai 180 juta pemain dan mejana pendapatan melebihi $1 bilion selepas 10 tahun dilancarkan. Permainan ini sudah dilancarkan untuk peranti pintar terlebih dahulu sebelum turut dilancarkan untuk Nintendo Switch, PC dan Mac.

Selain itu, Wargaming juga telah mengumumkan acara yang akan dianjurkan di dalam permainan bagi menyambut ulang tahun ini, dengan pelbagai ganjaran barangan di dalam permainan boleh didapatkan. Sambutan ini berlanjutan selama tiga bulan, bermula bulan ini sehingga Ogos dengan acara berlainan akan tiba setiap bulan.

Sohor Kini