Skip to main content

MapleStorySEA menyambut ulang tahun ke-19 mereka pada tahun ini, dan bersempena dengan sambutan tersebut mereka telah membuka reruai istimewa di IOI City Mall, Putrajaya yang akan menyertakan pelbagai aktiviti menarik untuk pemain dan pengunjung.

Antara aktiviti yang disertakan adalah Maple Mastermind Trials untuk menguji pengetahuan mengenai permainan ini, melihat karya-karya menarik oleh peminat, tempat bergambar dan pelbagai aktiviti di pentas dari pagi hingga malam.

Pengunjung juga boleh mendapatkan barangan cenderahati dan barangan di dalam permainan. Kemasukan adalah percuma, tetapi pengunjung juga boleh membeli ‘RSVP Package’ yang menyertakan pelbagai barangan menarik. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dan melakukan pembelian di laman Eventbrite.

MapleStorySEA sudah dilancarkan untuk PC sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Leave a Reply