GSC dan Astro Shaw telah mengumumkan yang filem ‘Gold’ akan mula ditayangkan di pawagam pada 11 Julai 2024. Ia merupakan filem yang diinspirasikan daripada kisah bagaimana atlit badminton negara Cheah Liek Hou memenangi emas di Paralimpik 2020.

Filem ini memperlihatkan bagaimana Cheah Liek Hou yang bermula sebagai permainan badminton biasa, namun kemudian menghidapi kebas saraf brakial yang membuatkan dia terpaksa bersaing di dalam sukan badminton para kategori SU5.

Filem ini diarahkan oleh Adrian Teh yang sebelum ini mengarah filem seperti Malbatt: Misi Bakara, The Assistant, Ada Hantu dan Paskal. Senarai pelakon pula ialah Jack Tan, Farid Kamil dan Yasmin Hani.

Sohor Kini