Romancing SaGa 2: Revenge of the Seven Dilancarkan 24 Oktober Ini

Square Enix ketika Nintendo Direct telah mengumumkan yang Romancing SaGa 2: Revenge of the Seven akan dilancarkan pada 24 Oktober 2024 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch dan PC.

Revenge of the Seven ini merupakan versi olahan semula bagi Romancing SaGa 2 yang dilancarkan pada tahun 1993, menyertakan penambah-baikkan bukan sahaja grafik dan visual, tetapi juga tatamain untuk memberi pengalaman yang lebih baik.

Di dalam permainan ini, pemain akan melalui beberapa generasi berbeza untuk mempertahankan dan juga memperluaskan empayar dengan pilihan pemain akan memberi kesan kepada penceritaan termasuk juga siapa yang akan mewarisi takhta.

Sohor Kini