Skip to main content

Innersloth ketika acara Nintendo Direct telah mengumumkan yang kemaskini seterusnya untuk permainan menyiasat sosial mereka Among Us akan menyertakan tiga peranan baharu iaitu dua untuk Crewmate dan satu untuk Impostor.

Peranan pertama yang disertakan untuk Crewmate adalah Tracker yang membolehkan untuk menjejak seorang Crewmate lain dan dapat melihat kedudukan mereka di peta buat masa terhad. Seterunya adalah Noisemaker di mana selepas terbunuh, ia akan mengeluarkan isyarat bunyi dan juga visual untuk memperlihatkan tempat kejadian. Bagi Impostor pula akan menerima peranan Phantom yang membolehkan ia menjadi halimunan untuk masa yang singkat.

Kemaskini ini juga memberikan kemaskini untuk menu bagi tetapan Lobby bersama dengan tampalan untuk pepijat dan quality of life. Among Us sudah dilancarkan untuk PlayStation, Xbox, Nintendo Switch, iOS dan Android.

Leave a Reply