Honor of Kings Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Level Infinite bersama dengan pembangun TiMi Studio Group telah melancarkan secara rasmi permainan MOBA mereka iaitu Honor of Kings untuk iOS dan Android di pasaran Malaysia, dan juga benua-benua lain.

Honor of Kings merupakan permainan MOBA yang sudah dilancarkan sejak tahun 2015, tetapi terhad kepada pasaran China sahaja, dengan pasaran global ia dilancarkan sebagai Arena of Valor. Buat masa ini tidak disahkan lagi status Arena of Valor selepas ini.

Semasa pelancaran, permainan ini menyertakan 85 Heroes termasuk juga hero yang baru sahaja diperkenalkan iaitu Sun Ce yang boleh dicuba untuk sebulan pertama. Pemain juga boleh mendapatkan 28 Heroes dan 21 kostum dengan melakukan aktiviti di dalam permainan.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, buat pertama kali di Malaysia, kejohanan Honor of Kings Invitational 2024 akan berlangsung bermula pada 29 Jun ini untuk merebut hadiah terkumpul $300 ribu dan slot untuk ke kejohanan Mid-Season Invitational.

Honor of Kings dilancarkan sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Sohor Kini