SNK Corporation ketika Nintendo Direct telah mengumumkan pelancaran untuk Metal Slug Attack Reloaded bagi PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Ia merupakan versi konsol/PC untuk Metal Slug Attack yang dilancarkan di telefon pintar.

Permainan ini menyertakan tatamain tower defense menggunakan watak dan juga senjata daripada siri Metal Slug. Pemain boleh dapatkan lebih 300 watak untuk digunakan di dalam skuad. Versi ini menyertakan penambah-baikkan grafik, audio dan juga muzik.

Metal Slug Attack Reloaded boleh dimainkan secara solo ataupun secara dalam talian sehingga 2 pemain.

Sohor Kini