Capcom ketika acara Nintendo Direct telah mengumumkan yang Ace Attorney Investigations Collection akan dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC pada 6 September 2024 dengan sesi pra-tempahan sudah dibuka.

Koleksi terbaru ini akan menyertakan dua permainan iaitu Ace Attorney Investigation: Miles Edgeworth yang pertama kali dilancarkan pada tahun 2009 untuk Nintendo DS. Ia merupakan permainan pertama sebagai Miles Edgeworth.

Permainan kedua adalah Ace Attorney Investigations 2: Prosecutor’s Gambit iaitu permainan kedua yang menggunakan Miles Edgeworth dan ia sebelum ini dilancarkan untuk Nintendo DS pada tahun 2011 dan buat pertama kali dilancarkan luar pasaran Jepun.

Sohor Kini