Capcom ketika acara Nintendo Direct telah mengumumkan yang MARVEL vs. CAPCOM Fighting Collection: Arcade Classics iaitu koleksi tujuh permainan Marvel vs. Capcom akan dilancarkan tahun ini untuk Nintendo Switch, ia juga akan tiba untuk PlayStation 4 dan PC melalui Steam.
Permainan-permainan yang disertakan di dalam koleksi ini adalah X-Men Children of the Atom, Marvel Super Heroes, Marvel vs. Capcom Clash of Super Heroes, Marvel vs. Capcom 2 New Age of Heroes, Marvel Super Heroes vs Street Fighter, X-Men vs. Street Fighter, dan The Punisher.
Mereka juga telah mengumumkan pelbagai fungsi akan disertakan iaitu mod dalam talian ini termasuklah Ranked, Casual dan juga lobi. Mod ini akan menyokong rollback netcode, bagi permainan The Punisher, ia menerima mod koperasi.
Selain itu, pemain juga boleh menggunakan Mod Spectator untuk melihat sesi perlawanan rakan, dan fungsi-fungsi lain seperti pemain muzik, muzium dan penuras paparan.