Selepas diumumkan pembangunan semula bagi projek Metroid Prime 4 pada tahun 2019, tidak banyak perkongsian terbaru yang dilakukan selepas itu, sehinggalah ketika Nintendo Direct semalam, Nintendo telah mengumumkan yang Metroid Prime 4: Beyond akan dilancarkan pada tahun 2025 dan anda boleh tonton treler terbaru di bawah.

Metroid Prime 4 pertama kali diumumkan pada tahun 2017 dan sedang dibangunkan oleh pembangun pihak ketiga, yang dikatakan sebahagian daripada Bandai Namco. Namun, pada tahun 2019, Nintendo mengatakan yang mereka tidak berpuas hati dengan kualiti permainan tersebut dan melakukan pembangunan semula secara dalaman dengan melibatkan studio asal bagi Metroid Prime iaitu Retro Studios.

Sohor Kini